Tuesday, January 12, 2010

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 (Pend Khas)
Pendaftaran pelajar sekolah bermula pada 4 Januari 2010.
Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 pend. khas telah di adakan pada 11 Januari 2010.

En Mustaza Mukri bertindak sebagai Pengacara Majlis
mengalu-alukan kedatangan ibubapa dan pelajar.

Guru-guru pendidikan khas di kaunter masing-masing
bagi menguruskan pendaftaran pelajar.
Ibubapa mengisi borang-borang dan maklumat pelajar yang
diperlukan oleh pihak sekolah.

Jamuan ringan



































Monday, January 4, 2010

Al-Fatihah...

Demi masa...
Demi siang yang cerah..
Demi malam yang gelap..


Dukacita dimaklumkan bahawa bekas pelajar pendidikan khas SMKAA telah kembali
ke rahmatullah pada 28 Disember 2009 kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Pelajar yang sentiasa menceriakan keadaan dengan gelak tawanya akan sentiasa berada dalam ingatan semua yang pernah bertemu dengannya...Walaupun Ezuan Ezhar El-Bahrin hilang dari pandangan tetapi segala
kenangan bersama tidak akan dilupa dan sentiasa tersemat di hati...
Ucapan takziah buat keluarga Ezuan Ezhar dari semua
guru-guru dan pelajar Pend Khas SMKAA.

Mari kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah,
semoga ruhnya tenang di sana....AMIN